BanjirNasional

3 air pasang besar diramal berlaku Jan hingga Feb

BERMULA semalam, 2 Januari sehingga 5 Januari, diikuti 18 Januari sehingga 21 Januari dan 31 Januari sehingga 3 Februari, tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Azmi Ibrahim berkata, paras air laut yang tinggi sekaligus menjadi faktor berlakunya banjir air pasang besar.

“Air pasang besar memang akan menenggelamkan kawasan-kawasan yang rendah sekiranya tidak beri perlindungan,” katanya dalam program wawancara Malaysia Petang ini terbitan Bernama TV, hari ini.

Beliau berkata, antara perlindungan yang biasa dilakukan adalah membangunkan penghadang di sepanjang pantai bagi mengelak air pasang besar yang akan menyebabkan banjir di kawasan persisiran pantai.

Katanya, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya pasa masa yang sama, air sungai tinggi disebabkan hujan lebat.

“Jadi air sungai tidak dapat mengalir ke laut dan bertembung dengan air laut yang tinggi menyebabkan berlakunya pertembungan yang boleh menyebabkan banjir,” jelasnya.

Terdahulu, JPS melaporkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama empat hari, bermula hari ini sehingga Rabu.

Ia melibatkan kawasan berisiko tinggi termasuk Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor; Batu Pahat dan Pontian, Johor. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button