Politik

Ahli Parlimen PN komited sokong dasar Kerajaan PN

PARTI Perikatan Nasional (PN) yang didukung oleh 50 orang ahli Dewan Rakyat dan tiga ahli Dewan Rakyat bebas akan terus bersama, bersatu padu dan komited untuk menyokong dasar dan perancangan Kerajaan PN.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, kesemua ahli Parlimen terbabit akan menjayakan pelan pemulihan negara, mengutamakan kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan negara.

Perkara tersebut ditegaskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional pagi tadi dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara.

“Mesyuarat juga telah membincangkan secara mendalam senario politik semasa negara.

“Dan mendengar serta mengambil maklum semua pandangan dari parti-parti komponen bagi memperkukuhkan kerjasama politik dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi termasuk presiden parti-parti komponen iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Presdien Gerakan Datuk Dominic Lau.

Turut menghadiri mesyuarat adalah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta wakil-wakil dari parti komponen. -SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button