Politik

Ahli Parlimen Padang Besar dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah

Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Pengarah HTF Dr Othman Warijo berkata Zahidi, 58, dipindahkan ke HSB kira-kira pukul 9.30 malam ini bagi mendapat rawatan daripada Unit Kardiologi Khas di sana.

“Beliau kini dalam keadaan stabil, bagaimanapun pemantauan lanjut akan diteruskan bagi mendapat rawatan lebih efektif di sana (Hospital Sultanah Bahiyah) ,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, Bernama melaporkan Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF kerana mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur kira-kira jam 5 pagi semalam.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button