fbpx
Nasional

KPLB sasar lebih ramai usahawan desa wanita tahun depan

USAHAWAN wanita terutama wanita desa akan lebih diperkasakan sebagai persediaan untuk berani menghadapi cabaran bagi membolehkan mereka memainkan peranan dakam memperkukuh ekonomi negara namun pada masa sama jangan cepat berpuas hati dengan bantuan kerajaan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Harun usaha ini akan berjaya dilaksanakan berikutan kerajaan mensasarkan untuk melahirkan 100,000 usahawan wanita desa pada tahun 2020.

Kata beliau, mengikut statistik terkini terdapat hampir 84,000, atau 24% usahawan wanita desa yang berdaftar dengan kementeriannya.

“Sebenarnya ramai wanita di luar sana yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan tetapi hanya 24% sahaja yang berdaftar dengan dengan SSM kerana kebanyakkan mereka takut berdaftar kerana bimbang kehilangan bantuan dari kerajaan

“Oleh itu pemikiran usahawan wanita perlu diubah supaya mereka lebih berani menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku bertemakan ‘Wanita Desa ke Global’ di Salak Tinggi, hari ini.


Ujarnya, kerjasama wanita terutama usahawan desa ini penting dalam memastikan misi kementerian untuk mencapai Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 yang mahu memastikan lebih ramai jutawan dalam kalangan usahawan wanita dapat dilaksanakan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button