Nasional

Ahli kimia akui 32 cek dicop tandatangan, dua tidak dianalisis

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

AHLI kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Siti Nur Musliha Mohamad Noor mengesahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, 32 cek dicop tandatangan, dua lagi tidak dianalisis.

Siti Nur Musliha yang tampil memberi keterangan sebagai saksi ke-31 hari ke-15 perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu mahkamah di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, walaupun terdapat persamaan di antara tandatangan-tandatangan namun beliau tetap tidak dapat mengatakan dengan pasti, tandatangan di atas cek-cek adalah tandatangan dibuat oleh spesimen.

Dalam keterangan bertulisnya, Siti Nur Musliha berkata, beliau menerima 49  cek  Affin Bank Berhad ditanda Q1 sehingga Q49 dalam dua sampul bertanda X dan Y daripada Penolong Kanan Penguasa, Khairuddin Kilau pada 24 Januari 2019.

Manakala 20 dokumen diterima dan ditanda sebagai S1 sehingga S20 dan ditandatangan spesimen oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Empat dokumen lagi ditanda sebagai S21 sehingga S24.

Persoalan tandatangan pada cek bertanda Q47 menunjukkan ciri-ciri perbezaan dalam penulisan  karakter  daripada spesimen tandatangan ‘S’, bagaimanapun disebabkan oleh keterbatasan karakter, Siti Nur Musliha berpendapat, kemungkinan bukan tulisan spesimen dan palsu.

Persoalan tandatangan turut dirujuk kepada Q2 hingga Q26, Q31, Q32, Q33, Q35, Q37, Q38 dan Q39 yang tidak ditulis secara manual atau handwritten dan Siti Nur Musliha mengesahkan bahawa 32 cek telah dicop tandatangan.

Sebagai makluman, dokumen laporan kimia tersebut telah ditanda sebagai D2 di mahkamah.

Kata Siti Nur Musliha, sampul-sampul berkenaan terdapat nombor makmal dan tandatangannya dan label Jabatan Kimia Malaysia.

Semasa menerima sampul-sampul, sampul X telah dibuka dan beliau tidak tahu sebab mengapa sampul tersebut dalam keadaan terbuka.

“Sampul Y dalam keadaan baik, bersih, ada label Jabatan Kimia dan tandatangan saya. Terdapat 24 dokumen dalam sampul Y dan ditanda mengikut susunan

Ketika disoal balas oleh Peguam Utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, Siti Nur Musliha berkata, disebabkan struktur stroke (garisan) yang tidak jelas dan ciri-ciri terhad, beliau berpendapat bahawa terdapat kemungkinan tandatangan yang dipertikaikan adalah ditulis oleh spesimen-spesimen tandatangan.

Hisyam: 290, 291. Can you confirm that you did not examine the original copies of these two cheques.

Siti Nur Musliha: Yes. I did not examine this two cheques.

Hisyam: P285 exhibit 7 – your opinion this two cheques were made by over stamps.

Siti Nur Musliha – 219 and 2…  cheque number 500256.. or do u mean Q21?

Hisyam: Yes. I’ m sorry. Q19 to Q21. Your opinion were stamp?

Siti Nur Musliha: Yes My Lord.

Hisyam: 301 and 302 look at it. These are the images of the cheques. Sorry 301, 303.

Q28 and Q27. Your opinion?

Siti Nur Musliha: Could  not be rule out.

Hisyam: Do comparison 290 and 291. Stamp cheques 301 and 303 signed…do visual examination. 290 291 resemble more to stamp cheques.

Siti Nur Musliha: All these cheques look resemble to each other.

Hisyam: 285, 287, 290, 291. Did not examine 285, 287, made over stamp…

Your last para statement 16. Means you cannot speak with confidence? Listen to my questions first.

The signature..

Siti Nur Musliha: I cannot ascertain.

Hisyam: You agree. Thank you.

Soalan tambahan akhir Timbalan Pendakwa Raya Lee Kheng Fatt: you could not ascertain?

Siti Nur Musliha- sedikit persamaan walau di antara tandatangan-tandatangan dengan spesimen-spesimen tandatangan. Walau bagaimanapun, disebabkan stuktur stroke yang tidak jelas, ciri -ciri yang terhad, saya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan tandatangn tandatangan yang dipertikaikan adalah ditulis oleh spesimen-spesimen tandatangan tetapi saya tidak dapat mengesahkannya.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Kheng Fatt: Mohon saksi dilepaskan dan dibebaskan. – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button