fbpx
Politik

Agong perkenan Tun M jalankan tugas PM interim

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Baginda turut berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk,” kata Mohd. Zuki dalam satu kenyataan.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button