Agong melawat Galeri Padi di Sekinchan
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melawat Galeri Padi dan Pasar Beras di Sekinchan.
Baginda disambut sebaik tiba pada 10 pagi oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Galeri Padi yang dibina di dalam kilang padi milik PLS Marketing (M) Sdn Bhd menjadi tarikan pelancong untuk mengetahui sejarah penanaman padi tempatan.
Pada majlis itu, Baginda turut mencuba mengendalikan mesin penuaian dan penanaman padi.
Baginda turut melawat bangunan kilang lima tingkat baharu PLS dan menikmati pemandangan indah sawah padi dan kawasan sekitarnya dari atas bumbung bangunan itu.
Al-Sultan Abdullah bagi pihak kerajaan Pahang turut menerima sumbangan 10 tan metrik beras daripada PLS untuk mangsa bencana di Pahang. – SM
Baca : RM50 juta pembiayaan usahawan mikro dari Bank Rakyat