NasionalNegeriPolitik

ADUN tunggal pembangkang di Perlis pilih lebih terbuka dengan kerajaan negeri

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling menyatakan sikap keterbukaannya untuk mewujudkan kerjasama yang harmoni dengan kerajaan negeri.

Wakil tunggal pembangkang ini menjelaskan beliau akan meneruskan peranannya untuk membawa perubahan yang baik kepada rakyat.

“Saya rasa kita tidak perlu membazir masa kepada perkara tidak membina sebaliknya yang membawa kepada kebaikan rakyat,” katanya kepada media selepas majlis Angkat Sumpah Speaker dan ADUN pada Mesyuarat Pertama, PersIdangan Pertama DUN Perlis ke-15 di Kompleks DUN di Kangar.

ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR-Indera Kayangan) berharap kerajaan baru ini nanti akan dapat melakukan perubahan yang terbaik untuk rakyat.

“Saya akan memberi cadangan yang bernas supaya dapat berganding bahu demi untuk rakyat,” katanya.

Jelas Ay Ling, beliau sebenarnya mahukan rakyat merasakan bahawa sekalipun dari blok pembangkang tetapi dapat terus bekerjasama dengan kerajaan.

“Kita sebenarnya mempunyai tujuan yang sama untuk membantu rakyat tanpa mengira dari parti kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Ay Ling mengakui memang akan berlaku kekangan atau masalah kerana beliau perlu bergerak secara solo.

Bagaimanapun katanya, ia tidak akan menjadi sukar jika segala permasalahan ini dibincang dengan baik secara bersama-sama bagi mencari titik persamaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button