Rencah Hidup

ADUN tercabar, minta aktivis padam kisah rakyat susah di FB

AKTIVIS masyarakat Kuan Chee Heng yang selalu membantu masyarakat, mendedahkan terdapat wakil rakyat yang meminta beliau untuk memadam hantaran di Facebook.

Menurut Chee Heng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan meminta beliau memandam gambar serta cerita rakyat susah yang dikongsinya di Facebook.

Jelas Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kendang, ADUN terbabit menyuruhnya berbuat demikian kerana berasa tercabar dengan pertolongan yang beliau hulurkan kepada rakyat susah di kawasan mereka.

Gambar dan cerita yang dikongsi di FB dan segala pertolongan yang diberikan oleh Chee Heng kepada rakyat yang memerlukan seolah-olah memberitahu kepada masyarakat bahawa wakil rakyat terbabit tidak melaksanakan tugas mereka.

“Saya mengetahui apa ADUN cuba lakukan untuk mereka yang susah. Ada ADUN minta saya padam pos kerana beliau tercabar dan seolah olah beliau tak kerja.

“Pergi lawat jumpa orang susah dan sakit hanya beri makanan. Masalah utama tak diselesai pun. Sedih,” kata Chee Heng kesal.

Bagaimana aktivis itu tidak mendedahkan nama ADUN terbabit. Chee Heng menasihatkan agar wakil rakyat tersebut tidak menyusahkan rakyat dengan sikap beliau yang tidak prihatin dengan kesusasah masyarakat setempat.

Chee Heng memberi ingatan kepada wakil rakyat terbabit bahawa setiap perbuatan baik dan buruk akan dibalas kemudian hari

“Kalau anda berpolitik sebegitu di dunia, saya pasti kubur anda pasti berasap nanti. Siapa ADUN yang terbaca ini tahulah dia siapa yang saya maksudkan.

“Walaupun kamu dalam lain kem, kamu jangan sekali kali menyusahkan dan membuli mereka yang susah dan sakit.

“Saya doakan anda didatangi hidayah sebenar untuk menjadi seorang beragama dengan nilai agama yang betul. Jangan buli orang sakit. Allah melihat kekejamanmu,” kata Chee Heng

Ibu hidap kanser dicerai, hilang kerja, hidup bersama 6 anak dalam kereta

Chee Heng merupakan aktivis masyarakat yang aktif membantu golongan yang memerlukan. Beliau sebelum ini menawarkan rumah penginapan dengan harga RM1 kepada mereka yang terdesak untuk berlindung sehari dua.

Dia juga menyediakan perkhidmatan ambulan dan van jenazah  kepada golongan yang tidak berkemampuan selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan teksi RM1.

Baru-baru ini beliau turut menyelamat seorang ibu tunggal menghidap kanser bersama enam orang anaknya yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas kehilangan pekerjaan dan dihalau keluar dari rumah sewa.-SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button