Nasionalpilihan

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia tengah hari tadi.
Memetik Astro Awani, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang, Izuree Ibrahim, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya.
Allahyarham dimasukkan ke hospital Nor Zamri pada hujung April lalu dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keradangan di bahagian perut.
Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat 15,433 undi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button