Politik

Adakah UMNO Johor Tolak Juga Spekulasi Nak Bubar DUN & Buat PRN Sebelum Jun 2022?

Kalau ikutkan laporan portal Sinar Harian, UMNO nafi ada berbincang mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bernama pula menulis, UMNO Johor menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, yang dikatakan berlaku semalam (15 Januari 2022).

Namun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula membuat kenyataan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor jika ia tetap akan dilaksanakan.

Menurutnya, parti tersebut dan parti gabungan dalam BN sentiasa bersiap sedia sekiranya perkara tersebut diputuskan UMNO negeri Johor dan keputusan bertanding secara solo atau bekerjasama dengan parti-parti lain akan dibuatsecara konsensus oleh kepimpinan parti di peringkat pusat.

Antara maklum balas yang menyeluruh dibuat Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali kepada media adalah tiada perbincangan peringkat parti.

“Tumpuan kini ialah berkhidmat kepada rakyat daripada segi bencana banjir mahupun mengekang penularan COVID-19.

“Kita sendiri belum membuat sebarang perbincangan. Itu hanyalah spekulasi. Sesiapa sahaja ada hak untuk membuat spekulasi,” katanya.

Namun demikian berdasarkan sumber yang diterima semalam pula, desas-desus mengatakan memanglah pembubaran DUN tidak dibuat minggu ini, minggu depan atau dalam bulan Januari.

Tetapi ia dijangka akan dibuat pada awal Februari 2022 selepas tahun baharu Cina dan PRN Johor pula dirancang mahu diadakan pada Mac 2022 pada saat rakyat tidak bersetuju dengan hal ini.

Salah satu asbab mengapa pembubaran DUN Johor dan PRN Johor ingin dibuat adalah untuk mengikut jejak langkah Melaka yang menang besar apabila hanya akar umbi sahaja yang turun mengundi.

Jadi persoalannya.. apakah benar ia tidak akan berlaku dan akan terus dinafikan? Artikel ini dengan tangkap layar beberapa laporan media di atas perlu disimpan sehingga Jun 2022.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button