Nasional

Adakah LCS mempengaruhi pengundi?

Isu LCS adalah bermula semenjak tahun 2011. Isu ini cuba diketengahkan oleh pembangkang pada PRU13 dan PRU14 namun gagal mendapat perhatian pengundi.

Ini kerana isu ini tidak membabitkan kesan langsung kepada rakyat berbanding isu harian seperti minyak masak, ayam, petrol dan sebagainya.

Malah gesaan dan ajakan pembangkang untuk menjalankan demonstrasi besar besaran gagal mendapat sokongan rakyat.

Kedua, isu ini telah pun dijawab dan disoal dalam parlimen malah ia pernah diteruskan oleh PH serta diaudit oleh PAC.

Adakah isu mampu mempengaruhi undi awal di Lumut?

Hakikatnya isu LCS tidak mendapat perhatian rakyat termasuk undi awal (Tentera Laut) di Parlimen Lumut. Ini kerana sekiranya merujuk keputusan Undi Awal PRU14 Parlimen lumut, Calon BN Dato Seri Zambry Abd Kadir Menang di semua saluran undi awal. Keputusan ini adalah ketika BN lemah. Itu menunjukan walaupun isu LCS ini cuba dipada pru13 dan 14 namun ia tidak mndpt perhtian pengundi. Ia akan menjadi satu kegagalan PH dan rafizi dalam membawa isu LCS dlm menjatuhkan BN.

Adakah isu LCS ini mampu ditanam sbg kebencian kod pengundi seperti mana IMDB?

Isu LCS adlah isu yang gagal dieksploitasi oleh pembangkang. Kegagalan ini bukan hanya kegagalan Rafizi tetapi juga kegagalan Mat Sabu yang pernah menjadi menteri pertahanan PH yang gagal memahami isu yang konkrit dan isu yang bukan konkrit utk diketengahkan.

Sehingga kini mood rakyat masih bergerak kepada BN bersasarkan kejayaan BN dlm PRK dan 3 PRN Sabah Melaka dan Johor.

Namun sekiranya mood menyokong BN ini tidak diberi perhatian BN dan PM maka ia akan dieksploitasi oleh pembangkang seperti mana PRU14. Semakin lengah maka ia memberikan kekuatan kepada pembangkang yang akhirnya menyaksikan BN jatuh pada 2018.

Di sini Dato Sri Ismail Sabri perlu mengambil tngungjwb sekiranya ia membawa kod kekalahan seperti mana Dato Sri Najib yang memikul tanggungjawab dan berjya mengembalikan keyakinan rkyat kepada BN kembali seperti hari ini

NOR HALMEY HAMDAH
Pelajar Pengajian PHD
Pusat pengajian Antarabangsa, Kolej Undang Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button