Politik
Ada sejam sahaja lagi: Baru 50 peratus keluar mengundi
STATUS terkini peratusan keseluruhan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat sekarang ialah 50 peratus.
Peratusan ini diharapkan meningkat sebelum semua pusat pengudian ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya memaklumkan, ini adalah status kekemasan terkini dan selepas ini, akan dimaklumkan pada sebelah malam semasa pengumuman rasi.
Sebanyak 2.5 juta rakyat negeri Johor keluar memilih siapakah calon-calon yang akan diangkat untuk menjadi pemimpin.
Kali ini terdapat pertambahan 30 peratus dengan 749, 731 pengundi muda.
Rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan terdapat 148 juta pengundi yang ada di negeri Johor ini. – SM