Acara Hari Peneroka Felda dapat sambutan dari orang ramai, ada jualan musim durian dan konsert
BARU sahaja dua hari berlangsung festival Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang mendapat sambutan yang hangat menghimpunkan 500,000 peneroka dan dari pengunjung.
Terdapat pelbagai acara yang padat kepada pengunjung sehingga esok, Ahad 14 Julai dan melihat aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada setiap lapisan umur.
Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran berskala besar itu penuh dengan pelbagai program dan pameran telah diatur sebagai pengisian sepanjang tiga hari.
“Sambutan kali ini adalah terbesar untuk menyantuni semua warga peneroka Felda terutama generasi dari seluruh negara berbanding sambutan sebelum ini hanya dihadiri oleh peneroka yang dibawa dari rancangan masing-masing. Kali ini kita jangkakan 500,000 peneroka dari pelusuk tanah air akan membanjiri MAEPS’’. Katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad Shabery, antara program dan aktiviti yang akan dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang bakal memecahkan rekod Malaysia Book Of Records.
Tambah beliau, penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda.
“Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu,” ujarnya.
“Berkonsepkan Segalanya Felda, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang yang jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya,” tambahnya.
Selain itu terdapat juga tayangan perlawanan akhir Euro 2024 jadi tarikan yang menjadi tarikan untuk orang ramai hadir menonton menyaksikan Sepanyol menentang sama ada England atau Belanda pada pagi Isnin, waktu Malaysia.
Pengunjung ke karnival itu boleh menyaksikan konsert oleh dua kumpulan popular iaitu Exists dan Ungu – pada 14 Julai.
Pelbagai program telah disusun merentasi 12 kluster atau kelompok daripada pendidikan hinggalah peluang pekerjaan, festival FGV, pertunjukan bakat Feel Da Starz dan gerai makanan.
Sambutan Hari Peneroka Felda yang julung kali diadakan selama tiga hari pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik yang mengambil bahagian.
Antara yang menarik di acara ini adalah jualan musim Durian, Pertandingan memancing, Cabutan Bertuah, Felda Berselawat bersama Selebriti dan banyak lagi.
Artikle Berkaitan :>
Shaberry akan mempromosikan produk Sawari pada Julai ini sempena Hari Peneroka