Nasionalpilihan

Khalid Ibrahim meninggal dunia

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral jam 11.08 malam pada Ahad akibat jangkitan pada injap jantung. Perkhabaran pemergian tersebut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Allahyarham.

“Dukacita dimaklumkan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

“Allahyarham dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya. Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung,” menurut hantaran tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Setelah itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Hantaran tersebut juga memaklumkan atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.

Artikel berkaitan > Khalid Ibrahim sihat, berita kematian bukan dirinya (Mei 2021)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button