Nasional

Khalid Ibrahim sihat, berita kematian bukan dirinya

BERITA kematian bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia adalah tidak benar.

Abdul Khalid dan keluarga turut menerima pertanyaan berhubung tular berita kematiannya di media sosial awal hari ini.

Menurutnya, kesihatan dirinya masih baik dan dapat menjalani ibadah puasa.

Dalam satu perkongsian di Facebooknya hari ini, Abdul Khalid dan isteri mengucapkan salam takziah kepada keluarga individu bernama Khalid Ibrahim.

“Seawal Subuh keluarga dan pegawai saya banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah.

“Syukur alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan terus mendoakan kesejahteraan saya.

“Saya dan Salbiah mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Khalid Ibrahim semoga ditempatkan bersama para solehin,” katanya.-SM

(Visited 847 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button