Politik

‘Abang Jagoh’ nak duduk balik DUN Layang-Layang

CAKAP manis di mulut, umpama tanam tebu di tepi bibir. Belum dapat apa yang dihayati, kuasa dan kedudukan, bolehlah kata akan lakukan lebih banyak perubahan jika diberi peluang menang kerusi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tidak kiralah siapapun calon yang bertanding tetapi rakyat negeri tidaklah buta melihat apa yang telah dilakukan apatah lagi sebelum ini, seseorang calon yang bertanding di PRN Johor pernah menjawat jawatan sebagai menteri penuh.

Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh tak kata. Menjadi kenangan pahit tanpa jadam apabila arahan yang pernah dikeluarkannya menyekat akhbar arus perdana daripada masuk ke kementerian yang dikepalai oleh calon berkenaan hari ini serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah kementeriaan berkenaan, menteri tersebut, tidak pernah dilupakan sehingga ke hari ini.

Siapa makan cili, dia terasa pedas dan kalau nak ikutkan, calon Perikatan Nasional (PN), Alagenthiran Krishnan yang bertanding di DUN Layang-Layang juga mampu memberi khidmat kepada penduduk jika diberi peluang.

Walaupun Alagenthiran muka baharu dalam gelanggang politik, anak muda perlu diberikan ruang dan peluang dengan idea-idea baharu dan bernas untuk terus maju ke hadapan.

Kalau diundi semula calon yang pernah berkuasa di DUN tersebut, memang dia lebih bijak bermain kata-kata dan jangan mudah terpedaya wahai pengundi di kawasan situ.

Asalkan meraih undi, mendapatkan perhatian media, diungkapkan kembali kisah kejagohan atasi masalah gangguan bekalan air bersih dan pencemaran udara.

Tapi isu pencemaran ini masih lagi berlarutan dan tunggu sehingga ada individu yang bersikap tidak peduli, membuang segala toksik ke dalam sungai dan berlakukan pencemaran.

Tanpa berselindung, Mazlee Malik minta diberi kepercayaan untuk wakili penduduk di DUN Layang-Layang.

Untuk rekod, kerusi DUN Layang-Layang menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Selain Mazlee dan Alagathiran, dua lagi yang bertanding ialah Ahmad Shafiq Othaman dan Ab Mutalip Abd Rahman.

Mazlee (PKR), Ab Mutalip (BN), Alagathiran (PN) dan Ahmad Shafiq (Pejuang). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button