Hiburan

“A Night To Remember” konsert gandingan Jamal Abdillah, Zamani

SELEPAS dua tahun tidak dapat menjayakan persembahan, Zamani akan berganding dengan Datuk Jamal Abdillah bagi menjayakan konsert “A Night To Remember” pada 26 Mac ini di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut Zamani, dia teruja untuk mengadakan konsert ini kerana sudah hampir dua tahun tidak mengadakan persembahan secara terbuka tetapi dia mengakui agak bimbang dengan angka jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

“Saya berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan angka jangkitan Covid-19 yang meningkat tidak akan menjejaskan persembahan kami,” katanya.

Kini, Jamal dan Zamani sedang giat melakukan persediaan rapi untuk memberikan yang terbaik buat peminat yang bakal hadir pada malam konsert itu.

Dalam pada itu, Jamal berkata, dia amat menitikberatkan kesihatan memandangkan keadaan situasi yang tidak menentu.


“Perkara utama yang saya perlu perhatikan adalah kesihatan. Sebelum menjelang konsert, sebenarnya saya ada beberapa lagi jemputan persembahan lain.

“Jadi saya memang sentiasa berjaga-jaga supaya tidak hilang suara pada malam konsert,” katanya.

Pada konsert itu, Jamal bercadang untuk menyanyikan lagu sahabat seperjuangan yang telah meninggal dunia sebagai penghargaan kepada mereka.

Jamal akan mempersembahkan sebanyak 8 buah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama Zamani.

Zamani pula akan menyanyikan lagu-lagu dari album solonya sebanyak enam buah lagu dan dua buah lagu duet bersama Jamal.

“A Night To Remember” berkonsepkan ‘Pop Night’  yang menggabungkan persembahan dan makan malam serta persembahan akan diiringi oleh Ritz Metalasia.

Tiket untuk makan malam anjuran IMAGINEX itu boleh didapati sekarang secara atas talian di www.ilassotickets.com .-SM

(Visited 652 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button