Ekonomi

DAPATKAN SEMUA YANG ANDA INGINKAN DI SHOPEE

Daripada tawaran harian RM8 dan penghantaran percuma RM18 kepada jongkong emas RM1

Shopee menyambut kedatangan tahun 2020 dengan Jualan Tahun Baru Cina (CNY), sebagai permulaan kepada sebuah tahun yang lebih hebat yang penuh dengan tawaran dan diskaun untuk rakyat Malaysia. Berlangsung hingga 28 Januari, kempen ini mempamerkan pelbagai produk baharu, penghantaran percuma RM18, perkhidmatan baharu serta permainan dan hiburan baharu – semuanya dapat dinikmati di dalam dan luar platform.

Pengguna pastinya tidak mahu terlepas RM8 prosperity deals untuk CNY Hampers, Coca-Cola 24 tin, set alat memasak Tefal, Cheongsam, kipas berdiri Khind dan banyak lagi. Jongkong emas premium turut boleh didapati pada harga RM1. Beberapa tawaran CNY yang bakal dinikmati termasuk KIT-KAT berperisa limau Mandarin dan Eu Yan Sang Bird’s Nest Mouse Gift Box.

Shopee sentiasa memberi pengguna sesuatu untuk diraikan, dan offline deals daripada kategori makanan dan minuman kepada perkhidmatan, hotel dan taman tema melalui ciri Reloads, Vouchers and Bills dalam aplikasi adalah tawaran yang mesti dimiliki oleh pengguna. Kurangkan perbelanjaan semasa berkumpul beramai-ramai dengan keluarga dengan diskaun ketika menikmati makanan di cawangan pedagang baharu Shopee – Hawker Chan yang dianugerahkan Michelin Star, Dragon-i, Purple Cane, SouperTang dan Tony Roma’s. Nikmati perkhidmatan pakar dengan membeli baucar untuk perkhidmatan kecantikan atau dapatkan bantuan perkhidmatan pembersihan. Memandangkan ramai akan berada dalam perjalanan ke destinasi masing-masing, kenderaan yang dipandu harus menjalani servis! Pilihan servis asas daripada menukar tayar kepada penyelenggaraan kereta secara menyeluruh boleh didapati dengan satu klik. Pastikan juga anak-anak kecil berada dalam keadaan selamat dengan mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak daripada serendah RM88.

Ingin menaik taraf rumah untuk menarik perhatian saudara-mara? Penjual-penjual Shopee yang mengambil bahagian meningkatkan huat dengan menjamin rakyat Malaysia harga terendah untuk mesin basuh dan pengering, pendingin hawa, peti sejuk, televisyen, ketuhar dan banyak lagi. Pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia bakal mendapat tawaran yang lebih hebat kerana semua barangan ini dapat dihantar kepada mereka, secara percuma, mulai sekarang hingga 21 Januari.

Shopee juga menjangkakan peningkatan pesanan pada CNY ini, terutamanya untuk barangan besar seperti set makan, almari, katil dan sofa. Memandangkan barang-barang ini kebiasaannya berat, pelantikan rakan kongsi logistik pihak ketiga, Ninja Van, tepat pada masanya kerana mereka boleh mengendalikan penghantaran hingga 90kg.

Menghangatkan demam CNY, Shopee memperkenalkan permainan bertemakan CNY seperti Shopee Ang Pow dan Fortune Sticks, semua dengan baucar bernilai sejumlah RM88,000 dan lebih daripada 18 juta Shopee Coins untuk dimenangi.

Dengan begitu banyak tawaran yang dapat dinikmati, pembeli akan masih ingin menandakan tarikh 13 Januari untuk Huat Ah! Huat Ah! Sale di mana platform ini menawarkan promosi yang tidak dapat ditandingi daripada semua kategori, Shocking Sale yang diperluas, dan Jongkong Emas 10gram bernilai RM2,250 untuk hanya RM1 dalam One or Not.

Jualan CNY Shopee disokong oleh jenama seperti Nestlé, Unilever, Vinda, P&G, Watsons, Enfagrow, Friso, Realme, Photobook, dan Tesco, dan rakan kongsi seperti FPX, RHB, Standard Chartered, United Overseas Bank, antara lain.

Usaha Shopee untuk mengendalikan kempen CNY ini adalah sebahagian daripada strateginya untuk mengekalkan momentum pertumbuhannya yang kukuh, setelah mengakhiri tahun 2019 yang cemerlang. Shopee mencatat pelbagai pencapaian yang memecah rekod. Sorotan utama adalah seperti berikut:

Prestasi*: 

Pada S3 2019, Nilai Barangan Kasar Tahun-ke-Tahun Shopee meningkat sebanyak 69.9%, daripada $US2.7 bilion kepada $US4.6 bilion dan Pesanan Kasar melonjak sebanyak 102.8%, daripada 158.5 juta kepada 321.4 juta.

Walaupun berada di tujuh pasaran di serata Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menyaksikan populariti yang semakin meningkat di seluruh dunia. Ia merupakan aplikasi ke-5 yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia dalam kategori membeli-belah, menurut AppAnnie.

Mempertingkat penglibatan pengguna: 

Shopee juga memperbesar permainan dalam aplikasinya daripada hanya Shopee Shake pada tahun 2018 hingga lebih 15 permainan setakat ini. Permainan popular yang diperkenalkan pada tahun 2019 ialah Shopee Quiz dan Shopee Catch.

2019 merupakan tahun di mana Shopee memperkenalkan ciri penstriman langsung yang dinamakan Shopee Live, untuk memastikan pengalaman Shopee yang menghiburkan, menarik dan bersifat sosial, memberi pengguna kandungan berkualiti tinggi seperti konsert mini Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dipersembahkan oleh Shopee dan SIMPLYSITI, Ask-Me-Anything (AMA) bersama Cristiano Ronaldo, perlawanan akhir Piala FA yang mendebarkan, Ombak Rindu The Series yang dinanti-nantikan dan banyak lagi.

Hasil daripada penambahbaikan teknologi dan kandungan interaktif pada platform, jumlah masa yang diluangkan oleh pengguna dalam aplikasi telah meningkat sebanyak dua kali ganda. Pada waktu puncaknya, para pengguna berada dalam aplikasi selama lebih dari 2 jam 15 minit, ketika mereka berhibur sambil membeli-belah dan mengambil bahagian dalam permainan untuk memenangi hadiah, baucar dan diskaun yang menarik.

Kolaborasi: 

Shopee mengadakan konsert pertamanya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Shopee X SIMPLYSITI Mini Concert dan bekerjasama dengan selebriti-selebriti untuk inisiatif amal pertamanya yang dinamakan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge yang telah disiarkan di Astro.

Shopee juga menikmati permulaan yang berjaya berkenaan kerjasama dengan duta jenama Cristiano Ronaldo selepas persembahan Shopee Dance ikon bola sepak itu ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.

Untuk menyokong usaha Kerajaan demi meningkatkan ekonomi digital negara dengan memperkasa usahawan tempatan, Shopee bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM). Sebelum adanya KBBM di Shopee, hanya 196 pesanan dibuat untuk produk Buatan Malaysia setiap hari. Angka ini meningkat dengan ketara kepada 845 pesanan setiap hari, iaitu kenaikan sebanyak 331%.

Untuk membantu mendigitalkan kawasan luar bandar Malaysia, Shopee menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh usahawan luar bandar untuk mengendalikan kedai atas talian, serta menyediakan platform untuk memasarkan dan menjual produk mereka.

“Kami mencatat prestasi cemerlang di semua bahagian perniagaan kami sepanjang tahun, dengan aktiviti membeli-belah yang mantap pada separuh kedua tahun lepas. Ini disokong oleh festival membeli-belah utama seperti 9.9, 11.11 dan 12.12. Jumlah dagangan kami semakin meningkat dari kempen ke kempen. Oleh itu, pelantikan Ninja Van adalah penting agar kami dapat memastikan pengguna kami menerima barangan mereka tepat pada masanya,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Mengulas tentang landskap industri, Ho menambah bahawa terdapat lebih banyak lagi potensi bagi industri e-dagang di Malaysia untuk berkembang. “Memandangkan sumbangan e-dagang kepada jumlah runcit masih di bawah 3%, dan sememangnya berada pada peringkat permulaan, terdapat lebih banyak kerja yang perlu dilakukan. Kami kekal komited untuk pasaran ini dan menjangkakan tahun 2020 menjadi satu lagi tahun yang menarik apabila kami membuka lebih banyak peluang dan mengenal pasti perkongsian kukuh yang akan memberi manfaat kepada peruncit, pengguna dan ekonomi.”

Untuk menikmati Jualan CNY Shopee, layari http://shopee.com.my/cny-sale

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button