Ekonomi

Asbab bela kucing, rezeki pengusaha Mjestic mencurah

KISAH dua lelaki bersaudara, Zarif Azrie Zahari dan Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap terutama potongan ‘slim fit’ di bawah jenama Mjestic ini cukup menginspirasikan.

Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam bukti dua lelaki ini tidak main-main.

Lokasi butik Mjestic di Setia Alam

Percubaan suka-suka kerana susah mencari baju Melayu untuk kegunaan sendiri, akhirnya membuka pintu rezeki. Bayangkan pertaruhan mereka mencuba nasib menjual 1000 pasang baju Melayu ‘laku keras’ hingga habis terjual.

Zarif, 31, selaku abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.

“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.

“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.

Sila klik pada gambar untuk pembelian koleksi Mjestic.

“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.

Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.

Malah di laman rasmi Instagram @mjesticofficial turut ditulis profil pengenalan sebagai baju Melayu ‘Meow’ (merujuk kepada bunyi kucing). “Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.

“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.

Inginkan Baju Melayu ‘Meow’ ini dari Shopee > Mjesctic Official

Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal tak lama lagi. Namun, sudah lebih 15,000 rangkaian pakaian itu terjual. Jenama ini tidak mempunyai duta khas, namun turut menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah.

Sila klik pada gambar untuk pembelian koleksi Mjestic.

“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya di butik fizikal.

“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.

“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualan secara online dan di butik fizikal. Boleh tekan pautan Mjestic Official HQ. Tahun ini kami sasarkan keuntungan jualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.

Sila klik pada gambar untuk pembelian koleksi Mjestic.

Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.

“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’ menawan kerongsang bunga di poket.

“Baju Melayu kami juga lebih moden kotemporari dengan kolar jenis ‘double’ nampak lebih ampuh dan tak mudah kemek. Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma.

Sila klik pada gambar untuk pembelian koleksi Mjestic.

“Ia termasuk butang baju, pelitup muka, sampul duit raya, kotak baju, brooch bunga poket dan paper beg edisi terhad untuk melindungi pakaian. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” kata Zarul.

Mjestic juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Ada ejen yang telah pun mendapat hasil jualan RM30,000 sebulan dan keuntungan bersih sebanyak RM4,000 sebagai suri rumah. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun. – SM

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button