Ekonomi

Shopee beri amaran tipu peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai

PLATFORM e-dagang, Shopee memberi amaran kepada orang ramai terhadap individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee dalam talian di mana mereka menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai dan hadiah cabutan bertuah

Dalam satu kenyataan Shopee berkata, ia tidak menggaji mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pemesejan.

Menurut kenyataan itu, ia hanya menganjurkan peraduan seperti cabutan bertuah melalui aplikasi rasminya, halaman media sosial dan akaun perniagaan WhatsApp yang disahkan.

“Shopee ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengelakkan penipuan ini dan tidak menjadi mangsa tawaran atau ganjaran pekerjaan palsu ini.

“Sekiranya mana-mana orang awam mendapati diri mereka ditawarkan peluang pekerjaan atau pertandingan yang meragukan, atau menjadi mangsa penipuan sedemikian, sila hubungi balai polis berhampiran dan buat laporan polis dengan segera,” katanya.

Shopee memaklumkan, ia akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam menangani penipuan ini. – SM

 

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button