Ekonomi

Bank Rakyat bantu realisasi hasrat 22 pelanggan

Kempen Penuhi Impian Bank Rakyat

BANK RAKYAT menerusi Kempen Penuhi Impian merealisasikn hasrat 22 pelanggan terpilih dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RN500,000.

Kempen yang berlangsung selama 3 bulan bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022 itu memberi peluang kepada pelanggan yang melanggan produk pembiayaan Bank Rakyat termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, dan Pembiayaan Kenderaan-i sepanjang tempoh kempen untuk menghantar penyertaan impian yang ingin mereka kecapi. Pemenang dipilih berdasarkan kepada coretan impian paling berinspirasi dan menarik.

Antara impian pelanggan yang direalisasikan oleh Bank Rakyat termasuklah mendapatkan rawatan kesihatan, membawa ibu bapa menunaikan umrah, memmberi hadiah kepada keluarga, kemudahan sesi pembelajaran di sekolah termasuklah untuk menegmbangkan perniagaan mereka.

Salah seorang pelanggan Bank Rakyat yang berjaya adalah Wan Mohd Azizi Wan Ahmad yang berasal dari Setiu Terengganu. Azizi, 35, memiliki anak autisme memasang impian untuk mendapatkan rawatan terbaik buat anaknya, Wan Mohamad Farhan Amsyar, 7 tahun yang masih berpewatakan seperti kanak-kanak berumur 3 tahun (Global Development Delay) yang masih memakai lampin dan tidak boleh bertutur. Selain itu, Azizi juga memerlukan kos rawatan yang mencukupi bagi menampung rawatan anaknya sehingga berumur 10 tahun di Pusat Rehabilitasi Dominan, Kuala Terengganu.

Antara peserta Kempen Bank Rakyat Penuhi Impian yang berjaya menerima hadiah rawatan autisme untuk anaknya yang berumur 7 tahun dan hadiah disampaikan oleh Tan Sri Noh bin Haji Omar. Foto: Suara Merdeka

Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Penuhi Impian ini disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh bin Haji Omar di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat.

Menurut Tan Sri Noh, beliau amat tertarik dengan penganjuran kempen ini yang mana bertepatan dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ dan ia bukan sahaja bertujuan untuk membantu memenuhi hasrat dan impian pelanggannya melalui pembiayaan ditawarkan, malaah impian peribadi pelanggan Bank Rakyat turut direalisasikan.

“Saya difahamkan Bank Rakyat telah turun padang ke setiap pelusuk negara untuk menemu bual para pemenang bagi menyelami hati dann perasaan mereka. Saya tidak menyangka bahawa sebahagian daripada impian mereka bukanlah untuk diri sendiri malah untuk mengecapi impian orang lain,” ujarnya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh bin Haji Omar ketika memberi kenyataan kepada media selapas Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Penuhi Impian di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat. Foto: Suara Merdeka

Mengulas lanjut, beliau terharu dengan inisiatif Bank Rakyat dalam merealisasikan impian ibu bapa kepada  adik Izzul Haidar, 5 tahun, yang menghidap penyakit tumor otak dan cacat penglihatan mata kanan seumur hidup.

“Impian mereka hanya untuk memcipta kenangan manis dan kegembiraan bersama anaknya sementara adik Izzul Haidar masih mampu berjalan dan melihat dengan mata kirinya.

“Begitu juga dengan impian Noorhayati, seorang guru di Arau, Perlis yang memasang harapan untuk membawa 22 orang pelajarnya yang kurang berkemampuan dan tidak pernah keluar dari Perlis untuk melancong dan melawat tempat menarik di Kuala Lumpur untuk menggembirakan mereka,” ulas beliau lagi.

“Saya percaya inisiatif ini merupakan satu permulaan dan harapan baharu kepada setiap impian,” tambah Tan Sri Noh lagi.

Kempen Penuhi Impian ini juga merealisasikan impian pasangan yang sudah lamaa menantikan kehadiran cahaya mata untuk menjalani rawatan IVF dan impian seorang guru untuk memiliki bengkel percetakan mini sendiri untuk dimanfaatkan bersama murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2, Kinabatangan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Dr. Mohammad Hanis Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat. Foto: Suara Merdeka

Sementara itu, Dr. Mohammad Hanis Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat berkata, kempen ini melambangkan komitmen Bank Rakyat sebagai institusi perbankan yang sentiasa mengutamakan pelanggan yang memerlukan dengan penuh ihsan dan kasih sayang selain untuk memberi dorongan dan motivasi kepada pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kekangan kewangan berikutan pendemik Covid-19 yang melanda.

“Alhamdulillah, kempen ini yang dilancarkan pada 1 Januari lalu menerima lebih daripada 1,000 penyertaan sepanjang sepanjang ia berlangsung. Ini menunjukkan bahawa ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk memenuhi impian mereka,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kempen ini akan diteruskanpada penghujung tahun ini atas sambutan yang menggalakkan daripada seluruh pelanggan Bank Rakyat. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat santuni 970 Keluarga Malaysia, sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button