‘Sellection’ realisasi impian ramai miliki barangan berjenama secara ansuran.
NIAT ahli perniagaan dan pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin untuk terus merealisasikan impian ramai memiliki barangan ‘original’ dan berjenama dengan harga mampu milik tak pernah pudar.
Sejak lapan tahun lalu, bermula sebagai ‘personal shopper’ di Montreal, Kanada hingga kini memiliki empayar perniagaan di tanah air, dia percaya kemahuan dan keinginan sesiapa saja boleh dipenuhi. Ia bukan lagi sekadar angan-angan kosong.
“Jika dahulu hanya golongan tertentu saja boleh memakai dan membeli barangan berjenama mewah. Dengan apa yang Sellection diusahakan, semua skeptikal dan pandangan itu berjaya ditepis.
Pewangi pilihan SMxShopee > Elizabeth Arden Sunflowers
“Kini orang biasa tak kira usia dan sosial status pun boleh pakai beg, aksesori atau tas tangan berjenama dengan harga berpatutan. Semua individu layak dan berhak waima mereka seorang surirumah, peniaga kecil, guru dan sebagainya,” kata Rafidah.
Kata Rafidah lagi, perniagaannya bukan sekadar menjual barang semata-mata.
“Tetapi memberi nilai dengan membantu pelanggan memilih barangan diingini dengan harga terbaik. Sekarang impian pelanggan jadi kenyataan walaupun mulangan hanya angan-angan. Termasuk memiliki tas tangan yang sesuai dengan penampilan, gaya dan acara tertentu. Bahkan ada pelanggan yang beli berulang kali kerana senang dengan cara kami,” katanya.
Malah dengan tawaran pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali memberikan jenama itu peluang untuk membantu pelanggan merancang kewangan bulanan.
“Saya percaya semua wanita dan lelaki sentiasa ingin kekal cantik, segak dan berketrampilan, namun mereka ada komitmen tertentu untuk berbelanja.
“Bila Sellection memberikan ansuran tiga kali, pelanggan sangat gembira sebabnya mereka masih boleh rancang kewangan tetapi tetap boleh bergaya dengan barangan berjenama dan berkualiti antarabangsa,” katanya
Pewangi pilihan SMxShopee > Elizabeth Arden Sunflowers
Istimewanya pelan ansuran yang ditawarkan adalah hanya membayar deposit kali pertama dan pelanggan boleh terus memiliki apa yang diingini.
“Bererti mereka tak perlu lagi untuk menunggu sehingga bayaran akhir, baru nak pakai handbag. Semuanya sangat mudah dan cepat dengan hanya melayari www.sellection.com.
“Nak pakai ‘branded item’ yang “ori” secara ansuran tidak mustahil lagi! Semua item dijual tulen, baru, diimport daripada Amerika Syarikat dan up-to-date,” katanya.
Matlamat jenama ini juga ingin membantu dan membina keyakinan diri pelanggan.
“Saya sedar bukan semua mampu membeli tunai. Memudahkan keputusan pelanggan untuk membeli dengan tawaran harga mampu milik mahupun pelan ansuran adalah kepuasan paling maksima bagi kami.
Pewangi pilihan SMxShopee > Elizabeth Arden Sunflowers
“Saya percaya kepada konsep ‘customer is king’ menjadi teras seterusnya menambat hati ramai pelanggan. Saya dulu pun tidak memiliki apa-apa dan hanya orang biasa sahaja. Saya sangat memahami keinginan untuk merasai barangan berjenama itu bagaimana.”
“Banyak persoalan, banyak keraguan dan kadang-kadang rasa tidak percaya diri bahawa mampu nak pakai berjenama,” katanya.
Rafidah meletakkan dirinya di tempat pelanggan dan cuba membantu memberikan layanan, perkhidmatan dan informasi terbaik kepada mereka.
“Semuanya bagi memastikan setiap pertanyaan dan persoalan terjawab. Saya mahu pelanggan berpuas hati dan merasai pembelian berbaloi dan seolah-olah mereka sedang ‘shopping’ di butik antarabangsa.
“Itulah sebabnya sesi ‘live’, tips, ulasan tentang koleksi barangan di platform media sosial media kami tidak pernah berhenti. Kami sentiasa nak memberikan nilai tambah kepada pelanggan memiliki barangan ‘ori’.
‘Tagline kami, ‘Embracing Confidence’ mahu meraikan keyakinan pelanggan nampaknya telah memberi impak besar dan positif kepada ramai wanita dan lelaki di Malaysia sehinggakan ulasan di laman sesawang mencecah lebih 3700,” katanya.
Jelas Rafidah lagi, membaca komen dan ulasan pelanggan juga membakar semangatnya memberikan lebih baik pada waktu mendatang.
“Ada yang kali pertama cakap beli barangan berjenama dengan kami. Malah, dulu mereka tak tahu nak beli secara ‘online’. Tapi sudah tahu kewujudan kami, siap rancang beli lagi. Malah disarankan pula untuk orang lain kerana kredibiliti kami sebagai ‘trusted seller’.
“Ada juga ulasan yang memberitahu dulu dirinya hanya berangan-angan sahaja untuk pakai barangan jenama dari luar, tak sangka sekarang boleh memilikinya sendiri bila kami tawarkan pelan ansuran.
“Malah ada komen cakap dia bekerja biasa, tapi masih boleh capai impian dan beri ganjaran kepada diri sendiri tanpa meminta orang lain,” katanya yang mempunyai butik fizikal di Wangsa Maju. – SM