LEBIH kurang sejam prosiding Mahkamah kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan diputuskan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ahmad Zahid berdepan dengan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan rasuah daripada dana Yayasan Akalbudi.
Seawal 7 pagi lagi, bermula di tempat parkir kereta, media sudah mula tiba.
Pintu masuk ke dalam bangunan mahkmamah ditutup pada pukul 8.36 pagi, baru sebentar tadi.
Kemas kini prosiding dan keputusan kes akan diberikan dari masa ke semasa.
Sementara itu, turut difahamkan dua pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Datuk Seri Ahmad Maslan turut hadir memberi sokongan moral kepada Ahmad Zahid.
Para penyokong Ahmad Zahid yang cuba berkampung di perkarangan luar Mahkamah hadir dengan berbaju warna putih. – SM