HiburanLuar Negara

Pink mahu derma RM2.05 juta bantu padam kebakaran di Australia

PENYANYI terkenal Hollywood, Pink bakal mendermakan sejumlah $500,000 Dollar Amerika Syarikat (AS) bagi membantu memadam kebakaran besar di Australia.

Kebakaran besar yang berlaku sejak September lalu dilaporkan mengorbankan kira-kira 500,000 juta haiwan dan serta 17 orang penduduk di sana.

Dalam Instagramnya, Pink atau nama sebenar Alecia Beth Moore, 40, memberitahu, beliau terkejut dan bersedih atas bencana yang menimpa Australia.

“Saya memang benar-benar terkesan dengan kejadian di sana dengan kebakaran belukar yang cukup dahsyat.

“Saya berhasrat menderma $500,000 Dolar AS (RM2.05 juta) kepada pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menjadi barisan utama memadam kebakaran itu,” katanya.

Malah beliau turut melancarkan kemudahan bagi orang ramai menghulurkan sumbangan membantu pihak berkuasa dan mangsa kebakaran besar di Australia.

Beberapa tempat di New South Wales, Australia dilaporkan diliputi asap tebal dan pandangan terlalu terhad selepas kebakaran belukar melanda kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

Sebahagian besar penduduk turut dilaporkan menyelamatkan diri termasuk pergi ke pantai dan sungai berhampiran bagi mengelak menjadi mangsa kebakaran. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button