Luar Negara

Kuda mati keletihan selamatkan mangsa banjir di Jakarta

BANJIR yang menenggelamkan beberapa kawasan di Jakarta, Depok, Tangerang dan Bekasi bukan sahaja mengorbankan sejumlah nyawa manusia, bahkan kuda yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa turut terkorban.

Banjir selama 10 jam ketika ambang tahun baharu itu memaksa orang ramai meredah banjir untuk menyelamatkan diri dan barangan berharga.

Portal berita Planet Merdeka melaporkan dek kerana tidak mempunyai kenderaan bermotor penduduk menggunakan kuda bagi membawa mangsa keluar dari kawasan banjir.

Bagaimanapun akhirnya semalam  kuda berkenaan mati setelah keletihan, manakala pengendali kereta kuda terbabit turut pengsan dan dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button