Nasional

Tabungan, pelaburan penyelamat rakyat ketika krisis ekonomi – Raja Muda Perlis

Amalan menabung dan melabur telah menjadi ‘penyelamat’ kepada ramai rakyat di saat negara dan dunia berhadapan dengan kemelut ekonomi akibat krisis pandemik Covid-19.

Menurut Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, banyak didapati terpaksa mengeluarkan simpanan dan pelaburan masing-masing demi menampung perbelanjaan harian, meneruskan kelangsungan hidup atau dijadikan modal bagi menjana pendapatan.

“Rata-rata penduduk terjejas sumber pendapatan dan kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak tersebut yang kini telah mengakibatkan lebih dari 28,000 kematian di Malaysia”.

“Sehubungan itu pelbagai inisiatif, bantuan dan insentif disalurkan oleh pelbagai agensi, Majlis Agama Islam Negeri dan pihak tertentu lain demi membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi masyarakat”.

“Sebagai contoh, peningkatan pengeluaran portfolio simpanan dan pelaburan sepanjang tempoh pandemik ini juga membuktikan kepentingan menabung, walaupun sedikit tapi secara berterusan, kerana ianya dapat berfungsi sebagai sumber kewangan khususnya di kala kecemasan”.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program berbasikal MAIPs Peduli Khas Covid-19 di sekitar Guar Sanji, Arau.

Antara yang dijejaki dan disantuni pada kayuhan kali ini ialah Jasmani Abd Hamid, 54, penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’, Mohd Saad Ali, 65 penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ dan ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ serta Aishah Abdullah, penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’, dan ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ yang tidak dapat bekerja akibat sakit. Mereka semua tinggal bersama keluarga dan masing-masing menerima wang tunai RM700 beserta ‘Kit MAIPs Peduli’ berisi bahan makanan asas dan juga beras fidyah.

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button