Kesihatan

3,146 kes HIV dilaporkan tahun lalu, 94% melalui seksual

JUMLAH kes HIV yang dilaporkan di Malaysia menunjukkan penurunan ketara iaitu hampir separuh daripada 6,978 kes pada 2002 berbanding 3,146 kes baharu yang dikesan tahun lalu.

Menurut Majlis AIDS Malaysia (MAC) sejumlah 94 peratus atau 2,957 daripada keseluruhan kes yang dikesan tahun lalu dijangkiti melalui hubungan seksual.

Jumlah jangkitan melalui jarum suntikan pula hanya melibatkan 4 peratus atau 125 kes sementara baki 2 peratus atau 62 kes melalui cara lain. Keseluruhan sejumlah 125,878 kes HIV dilaporkan dari tahun 1986 hingga 2020.

Presiden MAC Datuk Dr. Chirstoper Lee dalam kenyataannya berkata, melalui platform ‘Perkhidmatan HIV Dibezakan untuk Program Populasi Utama’, sejumlah 13,915 ujian pengesanan HIV telah dilakukan.

Sehingga kini seramai 6,096 orang yang menghidap HIV telah mendapatkan rawatan di 128 hospital dan klinik kesihatan.


Berdasarkan tema sambutan Hari ADIS Sedunia, ‘Tamatkan Ketidaksamaan, Tamatkan AIDS’, MAC komited untuk meningkatkan program dan usaha bagi mewujudkan persekitaran untuk mereka yang terkesan dengan HIV.

Beliau menyeru agar pemimpin masyarakat bersama-sama mengurangkan impak stigma negatif terhadap penghidap HIV.

“Stigma dan diskriminasi yang dirasakan oleh penyedia penjagaan kesihatan merupakan penghalang utama kepada ujian HIV berasaskan kemudahan dalam kalangan MSM, TGSW dan pekerja seks di Malaysia.

“Kerana ini merupakan halangan ketara kepada ujian berasaskan kemudahan di negara ini, ujian kendiri iaitu ujian asas alternatif yang ideal, ujian kendiri yang menyediakan alternatif ideal untuk populasi utama mengetahui status HIV mereka,” katanya.

Langkah kehadapan dalam mencapai sasaran menamatkan AIDS menjelang 2030, pertubuhan itu menyediakan beberapa langkah.

Pertubuhan itu mencadangkan pembentukan pasukan petugas pelbagai sektor untuk mengurangkan jangkitan HIV melalui penularan seksual di peringkat kebangsaan, sama seperti pelaksanaan Program Pengurangan Kemudaratan pada tahun 2005 yang mengurangkan jangkitan HIV dalam kalangan orang yang menyuntik dadah.

PrEP (Prophalypsis Pra-Pendedahan HIV) percuma perlu disediakan untuk mengurangkan penularan seksual populasi utama di klinik kesihatan di negeri yang mempunyai kes yang tinggi sebagai program perintis salah satu pakej HIV komprehensif sedia ada.

Inisiatif rawatan hari yang sama perlu diperkenalkan di fasiliti kesihatan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam meningkatkan peratusan rawatan ARV. Setakat 2020 Malaysia hanya mencapai 58 peratus orang yang hidup dengan HIV yang dirawat dengan ARV.-SM

 

 

 

 

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button