Hiburan

GV8: Kenapa nak doa khianat terhadap Fazley Yaakob

FAZLEY yang juga bergelar Datuk, anak arwah Datuk Yaakob yang amat sinonim dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dikenali bukanlah seorang yang mudah koyak atau berputus asa.

Pada awal permulaan kariernya sebagai penyanyi, memang Fazley seorang yang merendah diri, sopan tutur kata dan berbudi bahasa apabila bercakap dengan wartawan hiburan.

Senyuman sentiasa diukir dibibirnya kerana beliau memang tidak pernah lokek dengan senyuman.

Ketika Fazley muncul sebagai penyanyi lelaki dalam industri hiburan sekitar tahun 2000, lagu-lagu beliau pernah diputarkan di corong-corong radio terutama lagu berjudul Asmara Ini.

Bahkan itulah nama jolokan untuk Fazley, Abang Asmara Ini kerana populariti lagu itu mengangkat populariti pelantunnya.

Dalam meniti perjalanan hidup, Fazley berubah arah untuk menjadi seorang chef namun bidang seni dan bakat nyanyian tetap ada dalam dirinya.

Saya percaya, bidang nyanyian tidak pernah pudar dari dalam diri Fazley dan jika hari ini beliau muncul di atas pentas program pertandingan realiti televisyen, Gegar Vaganza Ke-8 (GV8), janganlah ada yang beranggapan, NAK ANGKAT TROFI JUARA!

Itu rezeki dan menjadi adat dalam sesuatu pertandingan. Ada menang, ada kalah. Tapi kalau Gegar Vaganza, semua benda boleh berlaku temasuk lupa lirik ketika menyanyi, masih boleh menang dalam pertandingan itu.

Gegar Vaganza memang dari awal nak trending, nak kena rating penonton tinggi. Pengacara yang sama ditampilkan dari musim ke musim sampailah ke hari ini.

Setiap peserta akan cuba lakukan persembahan yang terbaik dan penonton atau masyarakat tidak perlu menghina mana-mana peserta jika tidak memilih untuk menyokong peserta berkenaan.

Khalayak penonton atau nak menggelar diri sendiri sebagai netizen hari ini sepatutnya bijak dan cerdik dalam melontarkan pandangan, bukan penghinaan.

Apa perlu mendoakan penyingkiran Fazley hanya semata-mata bukan peminat suami dan juga bergelar ayah kepada empat orang cahaya mata ini.

Selama 10 tahun Fazley tidak menyanyi secara aktif, selama satu dekad itulah beliau jauhi pentas nyanyian, sekurang-kurangnya hari ini apabila beliau berdiri memegang mikrofon, tabik buat Fazley.

Memang siapapun tidak akan dapat mengelakkan diri daripada merasa gugup, gemuruh, ketar lutut apabila sudah lama tidak menyanyi. Kalau netizen sekali pun, mesti menggelabah!

Jadi, kata Fazley, beliau tetap akan cuba lakukan yang terbaik dan jika terkeluar, tidak mengapa kerana kehadiran beliau sebagai salah seorang peserta dalam program cari untung itu ialah demi memenuhi permintaan anak perempuannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button