Hiburan

Isteri Kid Search meninggal dunia akibat kanser darah

SETIAP yang hidup pasti akan merasai mati. Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid, Noraznin Yusof, 55, telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi.

Allahyarhamah Noraznin diberitakan meninggal dunia pada pukul 5 pagi akibat menghidap kanser darah.

Berita mendukacitakan Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Mohd. Taib seisi keluarga disahkan oleh adik ipar arwah, Deena Mohammed Taib menerusi hantaran kemas kini status di akaun Facebook miliknya.

Berikut catatan Deena:

Assalamualaikum semua, makluman buat semua. Kakak ipar saya, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini.

Mohon doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih di atas doa dan kasih sayang tuan/puan semua buat kakak ipar saya. Semoga roh kakak ipar saya tenang dan berbahagia di alam baharu.

Sementara itu, Kid berkata, isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Allahyarhamah Noraznin mula menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM akibat kanser darah myeloma tahan empat pada Disember tahun lepas.

Sekitar Julai lalu, arwah Noraznin dilaporkan koma selama 10 hari. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Deanda dan Aaqil Naquidean.

Salam takziah daripada kami SUARA MERDEKA buat Kid, anak-anak dan keluarga. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah. – SM

(Visited 623 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button