Agama

Sifat malu mencegah masyarakat daripada terlibat dengan pelbagai gejala negatif – Raja Muda Perlis

Sifat malu mengajar masyarakat supaya sentiasa menghiasi diri dengan sifat-sifat mulia dan terpuji. Ini kerana sifat malu mencegah dan menjauhkan seseorang itu daripada melakukan sebarang bentuk perbuatan dosa, berkelakuan buruk, hina dan tercela.

‘Selain itu, ia juga akan membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dalam gerak-geri dan tingkah laku sama ada perkataan mahupun perbuatan’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih yang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Mubarak, Tasoh. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang untuk diagihkan oleh amilnya, Ustaz Hashim Othman Al Hafiz pada semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas dan Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu.

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button