Nasional

Apalah nasib Proton

Proton Perdana bukan pilihan kerajaan

PROTON tidak menjadi pilihan utama bagi Kerajaan Persekutuan sebagai kenderaan utama bagi membawa menteri dan pegawai-pegawai tingginya.

Sebaliknya, kenderaan eksekutif bagi mereka dipilih daripada jenama luar negara seperti Toyota dan Honda, sementara Proton Perdana tidak menjadi pilihan.

Berbanding Malaysia, negara-negara maju lebih memilih jenama automotif keluaran tempatan untuk ketua dan pegawai tingginya.

Walaupun Proton sudah melalui pembaharuan dan meyakinkan, namun model eksekutifnya masih bukan menjadi pilihan menteri dan pegawai tinggi.

Dalam laporan portal Careta.my, kerajaan bakal menawarkan kontrak yang memerlukan 32 unit Toyota Vellfire bagi menteri dan pegawai tinggi.

Sementara untuk pegawai kerajaan pula, 3,000 Honda Accord dijadikan kenderaan rasmi.

Kedua-dua model kenderaan tersebut dilapor akan digantikan setiap empat tahun.

Portal yang memetik laporan Malay Mail itu juga turut menyatakan sebanyak 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan akan diganti.

Difahamkan, Proton Persona dan Saga sebanyak 8,000 unit hanya akan dipilih bagi kegunaan jabatan-jabatan.

Kesemua kontrak kenderaan kerajaan itu dilapor akan dibuka selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat pada hari ini.

Sebanyak RM300 juta diperuntukkan setiap tahun bermula tahun kelima bagi kontrak baharu tersebut yang hanya berjalan untuk tempoh 15 tahun sahaja.

Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Cosmos dan Go Auto adalah syarikat yang akan membida kontrak tersebut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button