Auto TravelBerita Auto

Polestar 2, sekali cas capai 400km

Bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi tadi DRB-Hicom telah diperkenalkan sebuah kereta elektrik ‘Polestar 2’.

Menurut Mahathir ia kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahama PROTON.

”Saya difahamkan yang dengan sekali cas ianya boleh capai sehingga 400KM. Sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100% bekalan penuh. Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ianya mengambil masa selama kurang lebih 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesyen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja,” katanya.

Di kebanyakan negara, kata Mahathir Kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta letrik.

“Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesyen janakuasa juga mencemarkan udara. Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan. Sementara itu, untuk bersihkan iklim dalam bandar, kereta eletrik masih menjadi pilihan,” katanya.

Pada pandangan beliau dari segi rekabentuk, kereta berkenaan amat canggih. Kereta berkenaan tiada tempat simpan enjin yang besar, sebaliknya ia dijadikan tempat penyimpan barang. Ciri-ciri rekabentuk dalaman juga kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ’tablet’. Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa.

“Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri,” katanya.

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button