Hiburanpilihan

Caprice tangkap ‘scammer’ tipu duit orang guna produk baju melayunya

PENYANYI, Caprice akhirnya dapat menangkap seorang lelaki yang telah menipu ramai orang dengan menggunakan produk jualan penyanyi tersebut.

Difahamkan, ‘scammer’ itu telah menipu orang ramai dengan mendakwa dia menjual baju melayu milik Caprice dan baju lain yang dikeluarkan penyanyi itu sebelum ini.

“Alhamdulillah, my brothas from Johor berjaya jumpa scammer baju raya caprice! Akan diserahkan kepada polis sekejap lagi. Caprice harap ni adalah amaran terakhir kepada semua scammer dekat luar sana

“Dua hari lepas, kita bagi brader ni 24 jam untuk hubungi Caprice dan serahkan diri dia dekat balai paling dekat.

“Orang paling rapat dengan dia sudah whatsapp Caprice dan cakap brader ni masih tak nak serah diri. Mungkin dia degil atau dia rasa boleh lari macam kes tahun 2019 dulu,” katanya.

Namun menurut Caprice, tidak sampai 48 jam daripada arahan supaya dia menyerahkan diri, scammer itu telah membuat satu lagi penipuan.

Mangsa tersebut perasan dia ditipu selepas melihat wajah lelaki itu sama seperti individu ‘scammer’ yang ditularkan Caprice dalam media sosialnya.

“Tak sangka walaupun dia sudah tular tiga hari lepas tapi masih curi duit orang lain hari ni,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut berharap supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada scammer lain yang banyak menganggu perniagaan orang lain.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang berkongsi pengalaman mereka ditipu oleh scammer. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button