Hiburan

Tya Ariffin, Asyraf Khalid mohon maaf kepada Siti Nurhaliza

BARU-BARU ini, anak dan menantu kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuatnaik satu video selepas penyanyi itu melahirkan anak kedua.

Ternyata tindakan yang dibuat Asyraf dan Tya Ariffin itu telah menjadi tular di laman sosial sekaligus mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen yang melihat mereka seperti melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Asyraf mengakui yang dia dan isterinya telah berhubung dengan Siti Nurhaliza untuk meminta maaf di atas apa yang berlaku.

“Sejak isu tersebut timbul, kami belum berkesempatan berjumpa dengan Mak Iti, cuma ada berhubung menerusi What’s App dan panggilan telefon.

“Kami dah jelaskan mengenainya dan Mak Iti cuma pesan supaya jadikan perkara yang berlaku ini sebagai iktibar,” katanya.

Asyraf dan Tya berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa yang berlangsung di Wisma Mutyara hari ini.

Sementara itu, Tya pula memberitahu yang mereka berharap supaya isu tersebut tidak diperbesarkan dan video itu juga telah dipadamkan.

“Apa yang terjadi ini membuatkan kami lebih matang dan berhati-hati pada masa akan datang.

“Kami juga ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak yang terguris dengan tindakan kami ini. Memang salah itu datangnya daripada kami dan bukan salah sesiapa,” katanya.

Tambahnya, dia berharap supaya ibu mentuanya dapat menjalani waktu berpantang dengan tenang dan bercadang untuk melawatnya dalam masa terdekat. -SM

(Visited 720 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button