Nasional

Kanak-kanak menangis dilempar kata-kata rasis di taman permainan

SEPATUTNYA taman permainan menjadi tempat kanak-kanak untuk bermain dan bergembira.

Namun keceriaan seorang kanak-kanak perempuan dihancurkan oleh dua orang dewasa yang melemparkan kata-kata bersifat rasis terhadapnya dalam bahas ibunda mereka tanpa mengetahui kanak-kanak tersebut memahami bahasa tersebut.

Seorang pengguna Facebook, menceritakan anak angkatnya mengalami pengalaman menyedihkan itu pada Selasa lalu.

Ketika itu anak angkatnya sedang bermain dengan gembira seorang diri namun tiba-tiba terdengar dua orang wanita dewasa mengejek beliau dalam bahasa Kantonis.

“Wanita yang berbaju putih itu menggelarkan anak saya  hitam dan pembenci dalam bahasa Kantonis. Manakala yang berbaju merah jambu itu pula berkata orang berkulit hitam  adalah kasar dan tidak bertimbang rasa.

“Ini adalah kata-kata yang paling rasis, kurang ajar dan diskriminasi untuk dilemparkan kepada kanak-kanak. Mia berlari kepada saya bercerita dua makcik terbabit menghinanya, tanpa menyedari anak saya faham bahasa Kantonis,” kata pengguna facebook tersebut.

Dia memberitahu, dia memujuk anaknya dengan mengatakan kanak-kanak itu cantik tidak kira apa warna kulitnya.

Dia kemudian memujuk anaknya untuk kembali bermain namun kanak-kanak terbabit enggan dan matanya berlinang air mata kerana terluka dengan kata-kata dua wanita terbabit.

“Saya tetap membawa anak ke taman permainan dan dia bermain buaian. Dan benar, di depan mata saya wanita berbaju merah jambu itu menggelengkan kepala apabila melihat anak bermain buaian.

“Saya berpura-pura mengambil gambar anak bermain buaian sedangkan saya mengambil gambar dua wanita terbabit untuk dikongsi supaya anda ingat wajah mereka,” katanya.

Katanya, dia tidak akan marah dan akan membiarkan kedua-dua wanita tersebut.

Namun dia berharap kedua-dua wanita terbabit yang menghina orang kerana warna kulit berlainan tidak akan mendapat bantuan daripada sesiapapun sekiranya mereka ditimpa kesusahan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button