fbpx
Rencah Hidup

Kecoh komen beza orang Melayu dengan bangsa lain di Twitter

GARA-GARA tular gambar seorang anggota polis sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya bergambar sambil memegang kertas, komen pada gambar tersebut tular.

Seorang anggota polis mengambil gambar sambil memegang kertas tertulis ‘Sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.2021’.

Gambar tersebut menarik perhatian ramai yang melihatnya sebagai satu pengorbanan seorang petugas frontliners  yang terpaksa bertugas pada hari pernikahannya.

Malah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aktiviti sosial juga dihadkan termasuklah urusan pernikahan.

Mungkin itu juga menyebabkan anggota terbabit terpaksa melupakan hasratnya seketika sehinggalah PKP 2.0 ini ditamatkan.


Susulan itu, ramailah netizen yang memberikan sokongan moral kepada anggota berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas pengorbanannya.

Namun ada komen yang menarik perhatian apabila ada yang mengecam tindakan anggota polis itu dan mendakwa untuk meraih ‘Likes’ semata-mata.

Lebih menyedihkan, komen-komen yang memberikan sokongan moral oleh orang bukan Melayu. Sementara netizen Melayu pula mengecamnya.

My dear brother, you are doing a big sacrifice to our nation. Guarding the control post important, other frontliner operations should be coordinated to yield the desired results,” komen Wong Chorwai.

Congratulations… and thank you,” ucap Jenny Teh.

Thanks for sacrifice your time for our nation. Allah bless you.” ucap Lam Sally.

Demikian antara komen-komen murni diberikan netizen bukan berbangsa Melayu yang memberikan sokongan moral kepada anggota berkenaan,

Walau bagaimanapun, komen-komen dibawah ini pula dikatakan datang daripada netizen Melayu.

“Ada orang kisah?” soal Zuhairi Mohamad

“Motf pegang kertas itu mesti hendak cari perhatian, hendak viral,” tuduh Mohd. Shahril.

“Motif hendak famous ke?” kecam Wan Sara Sufi.

Namun, ada juga netizen yang mendoakan anggota polis itu supaya dipermudahkan urusan.

“Yang kecam itu, abaikan. Semoga ada jodoh abang polis nanti dan semoga dipermudahkan urusan,” kata AnDaq Zaidahalim.

Situasi di atas menyebabkan kata kunci ‘Melayu’ menjadi sohor kini di Twitter apabila disebut lebih 20,000 ciapan.

Malah, perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter, Zack Rockstar (@zack_rockstar) mendapat lebih 20,400 tanda ‘Likes’ serta lebih 16,300 ulang ciap.

Ciapan tersebut turut mengundang beberapa komen daripada pengguna lain.

“Tak bolehlah generalized respond daripada Melayu atau bukan, hanya daripada beberapa komen sahaja. Itu adalah pernyataan individu bukan mewakili kaum.

“Komen-komen sebegini datangnya dari mereka yang ketinggalan dalam pendidikan, kurang bersosial (bukan media sosial),” balas IsmamMahad.

“Mesti family rempit third world class minded. Jenis meludah merata-rata, merokok tak tengok kiri kanan. Baling sampah dari tempat tingi sampai kena cermin kereta orang,” kata Lecnac.

“Orang Melayu mulut tak reti jaga. Suka menyakitkan hati sesama Islam. Lepas itu, dia soal kenapa rezeki dia sempit. Masih salahkan orang itu ini sebab tak cukup duit.

“Sedangkan hubungan dengan tuhan tak jaga. Hubungan sesama manusia pun out. Adab tak ada, akhlak out. Semak balik diri sendiri,” kritik Eeeliya. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button