Politik

Mohd. Puad berterusan desak Parlimen tidak digantung

PERKARA 150(2B) dan (3) dalam Perlembagaan Persekutuan sekali lagi dibangkitkan berikutan penggantungan Parlimen bertentangan dengan perkaran tersebut.

Berdasarkan kepada perkara tersebut, Parlimen tidak sepatutnya digantung sedangkan pentadbiran kehakiman dan eksekutif pula tidak dibuat sedemikian.

Justeru, persoalan sedemikian terus dilontar kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berikutan Proklamasi Darurat yang didakwanya untuk fokus kepada menangani krisis kesihatan.

Namun, ramai berpendapat, fokus kepada penanganan krisis kesihatan tidak mewajarkan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung sehingga 1 Ogos.

“Ada yang bertanya, ‘Kita boleh terima Proklamasi Darurat, tetapi kenapa perlu Legislative (Parlimen) digantung. Kenapa Executive dan Judiciary kekal.

“Bukankah sumber kuasa Executive datangnya dari Legislative, iaitu Parlimen.

“Persoalan ini perlu dijawab oleh Muhyiddin.

“Perbincangan seterusnya dalam kalangan pakar perlembagaan ialah kenapa Muhyiddin menggantung Parlimen sedangkan Perkara 150(2B) menyatakan Parlimen boleh bersidang ketika Proklasi Darurat berkuatkuasa.”

Demikian persoalan ditimbulkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, dalam satu kenyataan hari ini yang berterusan mempertikai keputusan Proklamasi Darurat oleh kerajaan.

Tambah Mohd. Puad, sidang Parlimen juga boleh diadakan secara maya dan mendakwa Malaysia tidaklah terlalu mundur sehingga tiada teknologi yang boleh hal tersebut dilakukan.

Sebelum ini, beliau juga mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, tidak mendapat nasihat yang jujur dariapda Perdana Menteri.

Beliau mendakwa demikian apabila menuduh Muhyiddin sudahpun kehilangan majoriti tidak sepatutnya meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri ekoran dua Ahli Parlimen menarik sokongan mereka.

Oleh demikian, Mohd. Puad tidak menolak jika Proklamasi Darurat ini akhirnya boleh mencetuskan krisis Perlembagaan Persekutuan.

Hal itu didakwa boleh berlaku jika ada Ahli Parlimen yang membawa isu ini ke mahkamah berikutan pentadbiran Kehakiman terus berjalan.

“Maka apakah akan ada desakan daripada MP (Ahli Parlimen) pembangkang supaya satu sidang khas Parlimen diadakan.

“Jika ditolak, apakah ia akan diheret ke Mahkamah dan menjadi krisis Perlembagaan yang serius?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa tindakan Proklamasi Darurat ini menandakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih memikirkan soal politik.

Malah, katanya Perintah Darurat itu didakwa hanya untuk memepertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button