Netizen kagum kemahiran Permaisuri Agong mengait
KUALA LUMPUR – Sudahlah pandai masak, ambil hati, pandai mengait pula.
Baginda bukan sahaja disifatkan sebagai merendah diri, malah kemahiran dimilikinya itu juga digambarkan sebagai limited edition kerana tidak ramai pemimpin wanita memilikinya.
Baru-baru ini Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkongsi kemahirannya menganyam atau mengait sehelai selimut untuk cucundanya di Twitternya, @cheminahsayang.
“Cucu Sulaiman dah pandai lari dan bercakap dan selimut nya belum siap lagi… tinggal 3 row lagi… entah-entah Suraiya mengandung lagi baru siap,” ciap baginda.
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1203748120665812992?s=19
Kemahiran yang ditunjukkan itu mendapat pujian ramai pengguna Twitter dan dikongsi lebih seribu kali.
Malah, ramai rakyat Malaysia turut berkongsi gambar kemahiran mengait yang dimuatnaik menerusi komen.
“Cantik je Tuanku kait Granny square ni, kita punya minat yang sama,” balas Ziey Endon.
“Daulat Tuanku. Cantiknya. Adik dan mak patik pun ada hobi mengait sama dengan Tuanku, tekun tengok orang orang yang ada hobi macam ini” kata Don Pablo.
“Saya kaitkan selimut untuk cucu saudara sama warna dengan Tuanku. Seronok mengait, jadi terapi untuk saya,” ciap Annie Osmond. – SM