NasionalParlimen

Wisma Putra sedia bantu bawa balik Jho Low kalau… – Hishammuddin

TIADA sebab Wisma Putra tidak membantu membawa pulang Jho Low. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin berkata, pihaknya tidak tahu dimanakah kedudukan Jho Low, sama ada Jho Low berada di China atau tidak.

Tegas Hishammuddin, “sekiranya Polis diRaja Malaysia (PDRM) memaklumkan kepada Wisma Putra kedudukan sebenar Jho Low, tiada sebab Wisma Putra tidak boleh membantu membawa balik Jho Low untuk dihadapkan ke kehakiman.”

Hishammudin memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

Tidak dinafikan Malaysia menerusi Wisma Putra menjalin hubungan baik dengan Negara Republik Rakyat China dan usaha untuk bekerjsama termasuk hubungan bilateral dengan negara berkenaan, kata Hishammuddin, akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Menjawab soalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung kedudukan pelajar Malaysia yang tidak dibenarkan kembali ke kampus universiti di China dan pelajar-pelajar dari negara republik itu tidak dibenarkan masuk ke negara kita disebabkan oleh Covid-19 dan universiti-universiti di Malaysia masih ditutup, begini jawapan Hishammuddin:

“Kita akan bincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apakah pendirian yang diambil berhubung pelajar dua negara iaitu China dan Malaysia.

“Kita akan pastikan pelajar Malaysia boleh kembali ke China untuk meneruskan pelajaran mereka.

“Dan pelajar dari China yang belajar di universiti di Malaysia, kembali ke sini.”

Di lantai Dewan Rakyat yang sama juga, Hishammuddin memberitahu YB Beaufort, Azizah Mohd. Dom, jangan dilayan sebarang tuntutan yang dibuat ke atas negeri Sabah oleh mana-mana pihak termasuk Kesultanan Sulu dan Filipina.

Hishammuddin berkata, “Usaha menidakkan Filipina terus tuntut perkara ini, Yb Beaufort, bukan mudah.

“Ini adalah pertimbangan politik dan mainan galeri kepada mereka. Yang penting kita jangan layan perkara dibangkit.

“Itu hanya boleh beri sentimen yang lebih kepada pertimbangan politik mereka.”

Isu tuntutan yang dilakukan oleh Filipina ke atas Sabah turut dikaitkan oleh YB Beaufort dengan kemasukan secara beramai-ramai ke Sabah yang membimbangkan pertambahan kes Covid-19 di negeri itu.

Kata Azizah, “Mereka datang beramai-ramai ke Sabah, membawa bersama dengan Covid-19… itu menyusahkan.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button