Nasional

Menteri bukan kontak rapat pegawai Tourism Malaysia positif Covid

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) hari ini mengesahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri bukan kontak rapat seorang pegawai Tourism Malaysia yang bertugas di ibu pejabat kementerian di Putrajaya yang didapati positif Covid-19.

Motac dalam satu kenyataan berkata, perkara itu telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, ujian calitan yang dijalani Nancy pada petang semalam turut mengesahkan menteri berkenaan negatif Covid-19.

Bagaimanapun menurut Motac, sebagai langkah berjaga-jaga Nancy akan menjalani satu lagi ujian calitan pagi ini.

Sementara itu,  Motac berkata, semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan terbabit diarah menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

“Bagi menangani penularan wabak pandemik Covi-19, bangunan Motac di Putrajaya telah disanitasi pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada petang Rabu (semalam),” kata Motac.

Ahli Parlimen Pembangkang pagi tadi meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun supaya mengarahkan Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Saadong supaya menjalani kuarantin diri dengan tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat selepas terdapat arahan agar kakitangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melakukan kuarantin diri selepas salah seorang petugasnya disahkan positif Covid-19.

Sementara itu Azhar meminta tempoh kepada ahli Parlimen untuk menyiasat perkara tersebut.

“Saya tidak tahu menahu perkara ini. Saya perlu periksa. Saya tidak tahu details. Saya telah difahamkan bahawa pagi tadi YB Menteri telah membuat ujian di klinik swasta dan beliau disahkan negatif.

“Saya difahamkan telah dibuat kenyataan media mengenai isu ini, tapi saya difahamkan beliau negatif. Kena rujuk kepada kenyataan media. Kalau boleh saya diberi masa,” kata Azhar.-SM

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button