Hiburan

Jihan Muse didakwa kontak rapat Alif Satar tetapi tampil di Gegar Vaganza

KEMUNCULAN Jihan Muse di program Gegar Vaganza (GV7) pada malam ini menjadi pertikaian selepas dia didakwa menjadi kontak rapat Alif Satar yang dijangkiti Covid-19.

Dakwaan kontak rapat itu dikeluarkan selepas Jihan dilihat baru mengacarakan program melibatkan sebuah jenama kereta yang disiarkan di laman sosial pada semalam bersama dengan Alif.

Menjelaskan situasi sebenar, Jihan memberitahu yang program bersama Alif itu sudah dirakam dua minggu lebih awal.

“Sebenarnya program Jihan bersama Alif yang melibatkan sebuah jenama kenderaan itu memang ditayangkan semalam.

“Tetapi program itu telah dirakam dua minggu lebih awal,” katanya.

Menurut Jihan, dia juga sudah berhubung dengan pengurus Alif dan pihak berkaitan untuk mengetahui waktu lingkungan Alif dikaitkan dengan Covid-19.

Jelasnya, dia bagaimanapun akan tetap melakukan ujian saringan Covid-19 selepas selesai mengacarakan program GV7.

“Pada malam ini saya akan terus mengacara GV7 dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada tahap yang maksimum.

“Kru yang terlibat juga sentiasa mengikut SOP dengan memakai pelitup muka dan menggunakan sarung tangan,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button