Luar Negara

Biden dahului Trump dalam pemilihan Presiden AS

CALON Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendahului Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu dengan jumlah undi 131.

Trump pula setakat pukul 9.50 malam waktu tempatan memperoleh 92 undi dan menguasai negeri seperti South Carolina, West Virginia, Kentucky, Tennessee, Alabama dan 10 negeri lain.

Berbanding Biden, beliau berjaya menguasai Vermont, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New Jersey, Delaware, Maryland, District of Columbia, New York dan empat negeri lain.

Berdasarkan kedudukan kedua-dua calon itu, Biden setakat ini dilihat berjaya menguasai bandar utama seperti New York, New Jersey, Virginia, Massachusetts, Rhode Island dan beberapa bandar besar lain.

Sementara Trump pula menguasai kawasan-kawasan luar bandar seperti Oklahoma, Alabama, Mississippi, Louisiana, North Dakota, Wyoming, Utah, Kansas dan Arkansas.

Texas yang terkenal dengan bandar ‘Cowboy’  kini masih didahului oleh Trump, namun belum ada sebarang keputusan muktamad.

Setakat ini hanya 28 negeri sahaja yang sudah mendapat keputusan muktamad, 14 masih dalam kiraan dan lapan lagi negeri termasuk Washington dan California masih belum ada kiraan dibuat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button