Nasional

Bukit Aman hantar 32 pasukan khas ke PRN Melaka

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengerahkan 32 pasukan khas Melaka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pasukan berkenaan dikenali sebagai Pasukan Cantas Khas.

Tugas pasukan khas itu adalah untuk mengesan dan mengagalkan cubaan sebarang bentuk kegiatan gengster atau samseng yang bakal dicetuskan oleh mana-mana pihak sepanjang kempen

“Pasukan ini ditubuhkan bagi mencantas mana-mana cubaan gengsterisme sama ada individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengganggu perjalanan PRN Melaka.

“Walaupun berdasarkan maklumat setakat ini, tiada unsur-unsur sedemikian diperoleh, polis tidak mengambil mudah suasana tenang ini sehingga selepas proses pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar sempena Op PRN Melaka 2021 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini hari in

Tambahnya, pasukan berkenaan terdiri daripada 238 pegawai dan anggota.

Ianya termasuk 128 dari Bukit Aman dan 110 kakitangan dari kontinjen negeri seluruh negara.

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button