Nasional

Lelaki Timur Tengah ditahan kerana meliwat, rogol dan pukul

SEORANG lelaki yang berasal dari Timur Tengah ditahan kerana memukul, merogol dan dan meliwat seorang wanita warga asing di sebuah rumah di Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun itu telah membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian yang menimpanya pada pukul 10.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku ketika suspek yang berusia 31 tahun datang rumah mangsa sambil membawa makanan dan minuman keras.

“Tidak lama kemudian, suspek yang juga kenalan mangsa berada dalam keadaan mabuk telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

“Mangsa yang menolak permintaan suspek telah ditampar sebelum dirogol. Mangsa juga telah diliwat sebelum diajak mandi bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa telah membuat laporan polis selepas suspek tertidur di rumahnya.

Jelasnya, susulan laporan tersebut, suspek telah ditahan kira-kira pukul 10.19 pagi semalam di rumah mangsa.

“Hasil siasatan awa mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat pelancongan telah mengenali suspek yang juga seorang pemilik makanan arab di kawasan rumahnya pada 28 Oktober lalu,” ujarnya.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376, Seksyen 377C dan Seksen 323 Kanun Keseksaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button