Politik

Muafakat Nasional; naratif baharu politik diterima rakyat

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat tohmahan dan desas-desus mengatakan wujud cubaan Barisan Nasional untuk membina kerajaan melalui ‘pintu belakang’ namun hal itu dinafikan sendiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) tidak perlu bersikap demikian apabila kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin terhakis menerusi beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Menurut Ahmad Zahid, apa yang perlu dilakukan oleh seluruh kepimpinan BN dan ahli UMNO adalah bersiap sedia untuk menghadapi PRU akan datang dan mungkin berlaku secara mengejut.

“UMNO perlu bangunkan naratif politik baharu supaya terus relevan, maka tercetuslah perjanjian piagam Muafakat Nasional yang ditandangani pada 14 September lalu.

“Kita tidak impikan perubahan kerajaan pintu belakang walaupun terbuka dengan luas, biarpun ketika ini pintu depan dan belakang terbuka, kita tetap memilih pintu hadapan. Kita akan bina kerajaan sendiri mengikut lunas-lunas demokrasi,” katanya

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya ketika Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga dilihat cuba mendapatkan sokongan kembali parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak yang pernah berada dalam komponen Barisan Nasional untuk menyertai Muafakat Nasional pada masa akan datang.

“Ini adalah tawaran baharu untuk rakyat bakal mencetuskan sejuta potensi yang belum pernah kita fikir sebelum ini. Kita semua hendaklah bersiap siaga menunggu PRU15 atau PRU-15 mengejut.

“Oleh demikian kita mengalu-alukan penglibatan masyarakat Sabah dan Sarawak dalam Muafakat Nasional akan datang,” ucapnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button