Guan Eng sembunyi skandal penjualan Equanimity bernilai RM 527.4 juta?
MENTERI Kewangan Lim Guan Eng diminta supata tidak berdiam diri berkaitan dengan skandal penjualan kapal persiaran mewah Equanimity yang dikaitkan dengan 1MDB.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata. kapal mewah itu dikaitkan dengan hartawan yang diburu, Jho Low, dan merupakan bukti penting dalam kes 1MDB, tetapi tidak ada siapa dapat pastikan ke mana wang hasil jualan bot persiaran mewah itu.
“Kerajaan Pakatan Harapan menuntut, merampas dan menjualnya kerana mendakwa ia dibeli dengan wang rakyat.
“Persoalannya sekarang, ke mana pergi wang hasil jualan kapal persiaran mewah Equanimity yang dijual kepada Genting dengan harga RM527.4 juta ni?
“Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Lim Guan Eng berkata pada bulan April lalu.
“Hasil jualan kapal Equanimity kira-kira RM527.4 juta dijangka didepositkan ke dalam Akaun Pemulihan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau Kementerian Kewangan pada Ogos ini,” katanya dalam satu kanyataan.
Bagaimanapun katanya, jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk menguruskan kapal layar itu akan ditolak terlebih dahulu daripada hasil jualan tersebut.
“Ketika itu Guan Eng juga mendakwa, yang saya kutip seperti di bawah;
“Hasil jualan telah diterima sepenuhnya pada 23 April, 2019 dan kini disimpan di dalam Sheriff’s Stakeholder Account sebuah firma guaman tempatan untuk tempoh tiga bulan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui Perintah Mahkamah,”
“Sekarang sudah masuk kepada bulan Disember dan sudah lebih dari tiga bulan seperti yang dinyatakan oleh Guan Eng.
“Jadi di mana wang berjumlah RM527.4 juta yang diperoleh hasil dari penjualan kapal tersebut?
“Guan Eng juga perlu menjelaskan secara terperinci mengenai penjualan kapal mewah itu,” katanya. – SM