Politik
Trending

UMNO disaran tarik balik sokongan terhadap PM

UMNO disarankan supaya menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Perikatan Nasional (PN) didakwa sudahpun ditubuhkan.

Penubuhan PN dikatakan sah melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), namun hanya melibatkan parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan MIC.

Timbul persoalan dakwaan Muhyiddin mengatakan Bersatu akan menyertai Muafakat Nasional (MN) dilihat bertentangan dengan penubuhan PN.

Malah, Pas yang sudahpun bersama UMNO melalui Piagam dalam MN juga dilihat bersama dengan PN.

“Baik, saya rasa Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) harus pertimbang penglibatan Ahli Parlimennya dalam Kabinet.

BACA > Bersatu Langkawi tidak terbubar, dakwa naib ketuanya – Suara Merdeka

“Tarik semula perakuan pengisytiharan (SD), mungkin setakat tiga atau empat sudah cukup untuk mula gugat kedudukan (kerajaan).

“Saya yakin pasti ada dalam kalangan Ahli Parlimen daripada UMNO yang tidak bersetuju dengan pendaftaran PN.”

Demikian kata pengnalisis politik Jailani Harun dalam blognya JUSTREAD-WHATEVER.BLOGSPOT.COM hari ini.

Dalam artikelnya yang bertajuk ‘Act of betrayal: PN days are numbered’ menyatakan Muhyiddin atau Bersatu mesti diajar berikutan tindakan pendaftara PN.

Beliau yang menggunakan nama pena sebagai Bujai menyatakan, sebagai langkah permulaan sokongan terhadap usul kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat ini.

“Mudah. Untuk menghukum Muhyiddin dan PN adalah mudah. Nanti akan ada satu atau dua usul kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat minggu ini.

“Usul tersebut memerlukan persetujuan kesemua Ahli Parlimen bahagian kerajaan.

BACA > Jam tangan menteri hampir RM300k, nasihat rakyat perlu bersyukur walaupun gaji kecil – Suara Merdeka

“Tanpa satu atau dua sokongan, cadangan itu akan ditolak termasuklah RM45 bilion yang digunakan untuk menghadapi Koronavirus (Covid-19).

“Bayangkan apa akan terjadi jika sebahagian wakil rakyat UMNO berbuat demikian. Letak tepi dahulu mereka yang sudah ada dalam kabinet ataupun GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kerana mereka sudahpun selesa,” ujarnya.

Tambah Jailani, tindakan Muhyiddin membawa komponen Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam PN umpama menggali kubur sendiri.

Kerana ia menampakkan Ahmad Zahid seolah-olah menipu dalam kenyataannya berhubung pertemuan Ahli Parlimen UMNO dengan Muhyiddin di Dewan Rakyat bulan lalu.

“Apa pun, PN mesti diajar mengenai ‘persahabatan’.

“Menarik diri daripada kerajaan adalah pilihan terbaik untuk UMNO apabila Zahid sebelum ini menjelaskan partinya hanya menyokong Muhyiddin sehingga pilihan raya umum diadakan.

BACA > Guan Eng, Betty: Tuduhan untuk pecah belahkan keluarga – Suara Merdeka

“Baik buat secepat mungkin (tarik semula SD). Apa jua keputusan akan menyebabkan Parlimen terbubar,” katanya.

Dalam pada itu Jailani turut menggesa UMNO untuk bertanding dalam kesemua 16 kerusi Parlimen yang dimenangi ahlinya yang lompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Pastikan UMNO bertanding dekat semua 16 kerusi Parlimen yang diambil dimenangi oleh ahli yang lompat parti.

“Termasuklah kerusi Parlimen Larut. Jangan bertolak ansur lagi, Muhyiddin atau Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) hanya mahu pertahankan kedudukannya,” jelasnya.

Terdahulu beliau memaklumkan Setiausaha Agung Bersatu yang juga Menteri Dalam Negeri, Hamzah mengesahkan PN sudahpun didaftarkan.

BACA > Prosiding paling pendek: Saksi ke-86 banyak yang ‘tidak tahu, tidak pasti, tidak ingat! – Suara Merdeka

Menurutnya pendaftaran tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan mendapat ‘restu’ daripada Muhyiddin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button