Nasional

Daki Bukit Broga, 26 dikompaun, 2 ditahan

SEBANYAK 28 individu ditahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan melakukan aktiviti mendaki Bukit Broga kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 44 tahun.

“Kesemua yang ditahan kerana melakukan aktiviti pendakian bukit telah dibawa ke Balai Polis Semenyih untuk tindakan lanjut.

BACA> Berhentilah kecam polis – pengasas Hot Burger

“Dua individu telah ditahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, 26 individu lain di kompaun atas kesalahan di bawah Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pendakian Bukit Broga buat masa ini kerana kawasan itu masih ditutup dan mereka yang ingkar akan diambil tindakan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button