Nasional

Hanya empat golongan dibenarkan rentas sempadan Malaysia-Singapura

HANYA empat golongan sahaja akan dicadang untuk dibenar melakukan perjalanan rentas sempadan Malaysia-Singapura.

Golongan itu seperti ahli perniagaan dan rakyat Malaysia yang berulang-alik secara harian ke Singapura.

TERKANDAS
Hishammuddin Hussein

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun berkata, perkara itu tertakluk kepada perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivoam Balakrishnan.

Katanya, beliau akan menghubungi Menteri Luar Singapuran itu bagi perbincangan lanjut mengenai cadangan pembukaan pintu sempadan kedua-dua negara menggunakan konsep gelembung perjalanan.

Melalui perbicangan itu kata beliau bagi memastikan hujah rasional kedua-dua negara dalam sebarang keputusan dapat difahami rakyat dan tidak menjejaskan keselamatan.

“Saya akan hubungi Menteri Luar Vivian esok atau lusa kerana Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun dah berbincang dengan Perdana Menteri (Singapura) Lee Hsien Loong.

“Ini mesti bersandarkan kepada hujah-hujah yang rasional supaya rakyat di kedua-dua belah negara memahami apa yang kita buat ini, lakukan secara bertanggungjawab dan takkan menjejaskan keselamatan dan kedudukan rakyat Singapura dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa perkampungan Orang Asli di Chini, dekat Pekan hari ini.

Hishammudin berada di Chini bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Katanya cadangan melaksanakan gelembung perjalanan bersama negara dalam kategori zon hijau perlu dilaksana segera, bagi menjana semula ekonomi yang telah sekian lama tertangguh kerana pandemik COVID-19.

Namun beliau memberi jaminan, pelaksanaannya akan mengutamakan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang akan memanfaatkan Malaysia-Singapura.

Gelembung perjalanan adalah usaha menghubungkan semula negara-negara atau negeri-negeri yang telah mencapai tahap kejayaan yang baik dalam membendung wabak COVID-19 di peringkat domestik.

Pendekatan ini membenarkan kumpulan negara atau negeri menawarkan semula hubungan perdagangan antara satu sama lain, serta memulakan kembali sektor seperti pelancongan dan perjalanan. = SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button